[VIDEO] 'Tiada krisis seperti didakwa Tajuddin’ - Ahmad Maslan

Iklan
Ahmad Maslan

SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan parti itu tidak mengalami perpecahan susulan daripada pendedahan dibuat bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Malah, beliau berkata, tiada krisis berlaku dalam parti itu seperti dihebohkan memandangkan UMNO sudah membuat ketetapan antaranya dalam isu berkaitan pentadbiran dan calon Perdana Menteri.

Iklan
Iklan

"Presiden UMNO ulangi dalam Mesyuarat MKT pada 24 Jun lalu bahawa calon PM ‘poster boy’ untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Tiada krisis seperti yang dihebohkan. PM jaga kerajaan dan Datuk Seri Ahmad Zahid jaga parti. UMNO tidak akan berpecah sebab isu Datuk Seri Tajuddin. Biarlah beliau tumpu sebagai Duta Besar (Malaysia ke Indonesia),” ujarnya menerusi ciapan di Twitternya pada Rabu.

Iklan

Pada Isnin, dalam sidang media susulan pemecatannya sebagai ahli MKT UMNO, Tajuddin mendakwa Ahmad Zahid tidak berpuas hati dengan kedudukan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri kerana Ahli Parlimen Bagan Datuk itu bercita-cita untuk memiliki jawatan tersebut.

Katanya, taktik mengumpan Ismail Sabri dengan pencalonan 'poster boy' atau bakal Perdana Menteri UMNO-BN pada PRU15 didakwa Tajuddin sebagai sebahagian usaha Ahmad Zahid untuk menjadi Perdana Menteri segera.

Iklan

Pada masa sama, Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak mendakwa, terdapat gerakan diketuai Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meminta pengunduran Ahmad Zahid sebagai Presiden parti itu.