GEORGETOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang merampas 14 set bubu naga di dua lokasi berbeza di Sungai Juru di sini pada Selasa.
Pengarahnya, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, kesemua bubu itu dirampas pada 1.7 batu nautika barat perairan Sungai Juru kira-kira jam 6 hingga 6.20 petang.
Menurutnya, rampasan dilakukan oleh sepasukan penguat kuasa ketika melakukan rondaan rutin Op Pertiwi.
"Pemantauan berterusan yang dilakukan pasukan operasi Maritim Pulau Pinang petang semalam telah berjaya mengesan objek terapung yang mencurigakan di dua lokasi. Kita berjaya menemukan 14 set bubu naga yang dipasang oleh individu tidak bertanggungjawab.
"Kesemua bubu naga yang dirampas bernilai anggaran RM2,240 itu dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Katanya, penggunaan bubu naga diharamkan di laut kerana sifatnya yang tidak selektif dan merosakkan ekosistem marin serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan lain.
"Pemilik bubu naga boleh didakwa mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dengan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.
"Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan," katanya.
Abd Razak berkata, sejak Januari hingga bulan ini, Maritim Pulau Pinang telah membuat 15 kes rampasan yang membabitkan 152 set bubu naga dengan nilai anggaran RM18,240.
"Ini menunjukkan masih terdapat nelayan di Pulau Pinang yang berdegil melakukan aktiviti penangkapan ikan secara salah. Nelayan diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan yang telah diperuntukkan.
"Maritim akan terus memantau aktiviti haram ini dari masa ke semasa dan meminta kerjasama dari orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini," katanya.
Tambahnya, sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut orang ramai diminta menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.