SERDANG - Polis masih menunggu laporan daripada Jabatan Kimia berhubung punca kematian seorang penuntut tahun akhir sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang ditemui dalam bilik di tingkat lima kolej kediamannya di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, proses bedah siasat terhadap mayat mangsa sedang dijalankan.
Iklan
Iklan
"Setakat ini, tiada unsur jenayah ditemui dan punca kematian masih dalam siasatan. Polis juga sedang menunggu laporan kimia," katanya ketika dihubungi, pada Rabu.
Pada Rabu, media melaporkan mayat pelajar tahun akhir berusia 29 tahun jurusan Sarjana Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi itu ditemui dalam keadaan terlentang di sebelah katil.
Hasil siasatan mendapati, tiada sebarang unsur jenayah ditemui di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.