PHNOM PENH - Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen pada Rabu menandatangani keputusan menetapkan 23 Julai 2023 sebagai tarikh pilihan raya umum ketujuh, lapor Xinhua.
"Menteri kabinet, menteri dalam negeri, menteri ekonomi dan kewangan, semua menteri dan semua ketua-ketua institusi berkaitan perlu melaksanakan tanggungjawab seperti yang telah diputuskan dengan penuh dedikasi mulai tarikh tandatangan,” katanya.