Terkejut dengar dentuman kuat, rumah bergegar

Iklan
Kejadian ribut pada Isnin mengakibatkan 32 buah rumah di Taman Pasak Indah dan Felda Pasak, Kota Tinggi rosak.

KOTA TINGGI - Bunyi dentuman kuat dari belakang rumah mengejutkan seorang suri rumah yang berada di dapur dalam kejadian ribut dan hujan lebat di Taman Pasak Indah di sini pada Isnin.

Sejurus mendengar bunyi itu pada jam 3.15 petang, Noraziyana Abdul Karim, 46, segera memeriksa rumahnya dan mendapati 'awning' di hadapan rumah sudah diterbangkan ribut.

Iklan
Iklan

Ibu kepada tiga anak berusia 18 hingga 23 tahun itu juga mendapati atap bilik utama rumahnya diterbangkan angin kencang dan hujan sudah mencurah ke dalam bilik.

"Semasa kejadian saya bersama suami dan anak bongsu berada di rumah sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.

Iklan

"Apabila melihat keluar ribut sedang melanda dan kami hanya berlindung dalam rumah.

"Mujur kejadian ribut itu hanya berlaku dalam masa kira-kira 5 minit dan tiada kecederaan berlaku," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Iklan

Sebanyak 30 buah rumah di taman tersebut dan dua lagi di Felda Pasak rosak dilanda ribut sebelum gambar-gambar rumah yang rosak akibat insiden itu tular dalam media sosial.

Noraziyana berkata, dia yang mengalami kerugian kira-kira RM20,000 akibat kejadian ribut melanda berharap ada pihak yang menghulurkan bantuan meringankan beban ditanggung keluarganya.

Seorang lagi mangsa, Noorizawati Noorhisam, 39, berkata, semasa kejadian dia bersama-sama dua anaknya manakala suami keluar bekerja.

"Ketika itu hujan lebat serta angin kuat tiba-tiba terdengar bunyi kuat jatuh dari atas menyebabkan rumah bergegar. Masa itu saya sudah menggigil ketakutan.

"Kami hanya mampu laung Allahuakbar kerana takut. Memang kami tidak berani keluar masa itu kerana ada petir dan angin kuat," katanya.

Keadaan rumah rosak dilanda ribut pada Isnin.

Kira-kira dua jam kemudian apabila keadaan reda, dia keluar rumah dan lihat 'awning' tempat letak kereta juga sudah tiada sebaliknya berada di atas bumbung rumah.

Katanya, kejadian yang berlaku itu merupakan kali pertama menimpa rumahnya meskipun sebelum ini pernah berlaku ribut di taman tersebut.

"Namun syukur alhamdulillah kami anak beranak selamat. Kereta yang diparkir juga tidak mengalami kerosakan.

"Dalam rumah juga tidak berlaku kebocoran yang teruk dan kami masih boleh tinggal lagi di dalamnya," katanya yang telah membuat laporan di Balai Polis Kota Tinggi pada Selasa.

Noorizawati berkata, pelbagai pihak termasuk pihak pegawai daerah telah hadir meninjau keadaan rumah penduduk yang terjeas malam kelmarin.