PM tunai hasrat pasangan suami isteri baiki rumah uzur

Iklan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beramah mesra bersama pesakit lelaki yang lumpuh Othman Bakar, 66, dalam lawatan ke rumah asnaf di Sungai Kelibang Kuah hari ini. - Foto Bernama

LANGKAWI - Hasrat pasangan suami isteri untuk memperbaiki rumah mereka yang uzur di Kampung Kelibang Tepi Laut di sini akhirnya tertunai hasil ihsan pemimpin nombor satu negara.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meluangkan masa daripada jadual padat program beliau di pulau ini, hari ini mengunjungi rumah Othman Bakar, 66, dan isterinya Indon Abdul Rahman, 53, di kampung tersebut.

Iklan
Iklan

Lebih memilukan apabila Othman yang sebelum ini bekerja sebagai tukang rumah, lumpuh sejak empat tahun lalu, sekali gus menyukarkan Indon terutama jika ingin memandikan suaminya.

Pasangan itu tinggal di rumah berkenaan bersama-sama seorang anak lelaki berumur 27 tahun.

Iklan

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi bukan sahaja bertanya khabar keadaan kesihatan Othman, malahturut bertanyakan keadaan rumah tersebut dan meninjau sendiri kediaman pasangan itu.

Di akhir pertemuan, Dr Mahathir menghulurkan bantuan peribadi dan berjanji akan membaiki rumah berkenaan.

Iklan

Beliau kemudian beredar untuk meninjau keadaan Pangkalan Sungai Kelibang di sini dan mengikuti penerangan yang disampaikan Ketua Cawangan Bersatu Kelibang, Kamarudin Samah. - Bernama