SERDANG - Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menyerbu tiga premis pusat siber di sekitar Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, di sini yang beroperasi tanpa lesen daripada pihak tersebut.
Timbalan Pengarah Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategik MBSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, serbuan dibuat pada Isnin menerusi Operasi Pusat Siber dengan kekuatan seramai 25 orang anggota dan penguat kuasa MBSJ.
Iklan
Iklan
Operasi tersebut turut disertai oleh 16 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.
Menurutnya, sebanyak tiga Notis Tawaran Kompaun (NTK) di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber MBSJ 2007 dikeluarkan kepada premis tersebut, selain tindakan sitaan peralatan pusat siber seperti komputer riba, monitor, moderm dan kamera litar tertutup (CCTV) dibuat.
"Manakala di bawah bidang kuasa PDRM, satu tangkapan ke atas seorang individu dan tindakan penutupan serta merta dikenakan terhadap premis pusat siber.
"MBSJ ingin mengingatkan kepada semua pemilik premis bahawa pemantauan berkala terus dijalankan dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak atau premis didapati melanggar peraturan serta syarat-syarat yang ditetapkan."
Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan pada Isnin.