Tampines tekad kecewakan KL City

Iklan
Gavin (dua dari kiri) ketika sidang media pra perlawanan menenentang Kl City di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

KETUA jurulatih Tampines Rovers, Gavin Lee enggan pulang tangan kosong pada kejohanan Piala AFC musim ini apabila menyasarkan untuk mengutip mata pada perlawanan akhir Kumpulan H menentang Kuala Lumpur (KL) City pada aksi terakhir kumpulan H di Stadium Bola Sepak Cheras pada Khamis.

Menurut Gavin, meskipun pasukannya kecewa apabila tewas pada perlawanan sebelum ini menentang PSM Makassar, namun dia percaya pasukannya kini sudah melupakan detik hitam dan teruja untuk turun menentang The Hawks.

Iklan
Iklan

"Sudah tentu pasukan kecewa selepas tewas kepada Makassar sebelum ini. Bagi saya ia perkara normal kerana mereka datang ke sini untuk menang dan bukannya kalah.

"Saya percaya pasukan kini bersedia untuk perlawanan seterusnya dan akan bermain sehabis baik untuk mengutip mata pada perlawanan akhir ini,” katanya pada sidang media pra perlawanan menentang KL City pada Rabu.

Iklan

Untuk rekod, pasukan The Stags itu kini berada di tangga tercorot Kumpulan H selepas tewas 1-3 kepada Makassar pada aksi kedua yang berlangsung di venue sama sebelum ini.

Dalam pada itu, turut senada pandangan dengan Gavin ialah tonggak pertahanannya, Ryaan Sanizal yang mahu rakan sepasukannya menebus kekecewaan yang berlaku ketika tewas kepada Makassar.

Iklan

Menurut Ryaan, perlawanan pada Khamis ini sangat penting buat dirinya dan rakan sepasukan yang lain supaya tidak pulang hampa pada kejohanan tersebut.

"Kami masih bersemangat untuk bermain pada perlawanan esok meskipun tewas dalam aksi sebelum ini.

"Jadi saya harap pasukan mampu untuk menampilkan persembahan mantap sekali gus tidak pulang tangan kosong pada kejohanan kali ini,” katanya.