'MIC tak payah sibuk hal UMNO'

Iklan
MUHAMMAD IQBAL JAMAL

IPOH - MIC diingatkan agar tidak mencampuri urusan UMNO sebaliknya fokus mendapatkan sokongan kaum India menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Pemuda UMNO Ipoh Barat, Muhamad Iqbal Jamal Jamaludin berkata, tindakan Ketua Penerangan MIC, R Thinalan meminta penjelasan mengenai pendedahan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ketinggalan kerana perkara itu sudah dijelaskan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebarang pertanyaan isu berbangkit sepatutnya boleh disuarakan terus kepada pimpinan Barisan Nasional (BN) tanpa melalui media.

"Mungkin MIC lupa semasa MIC ‘tersilap’ masuk Perikatan Nasional, Ketua Penerangan UMNO tidak meminta agar MIC perjelaskan. Sebab itu saya keliru apabila Ketua Penerangan MIC tidak membaca kenyataan Ketua Penerangan UMNO agar tidak perlu mengadu domba.

Iklan

"Nasihat saya kepada Saudara Thinalan, usah jaga tepi kain orang. Fokus perkukuhkan MIC bagi menghadapi PRU dan meyakinkan masyarakat India untuk kembali ke BN," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Muhammad Iqbal Jamal berkata, MIC seharusnya melihat hasil kepimpinan Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berjaya membawa kemenangan di dalam tujuh Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri yang turut dirasai oleh MIC apabila turut memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri di Melaka serta Johor.

Iklan

Menurutnya, BN sudah berada di ambang kemenangan dan masih berdiri utuh walaupun ditinggal oleh rakan-rakan komponen yang lain.

"MIC tidak perlu memberi komentar tentang hal dalaman UMNO. Biar UMNO menguruskannya. Jurucakap UMNO sudah pun bersuara. MIC tak perlu tampil memanjangkan cerita

"Esok bila masuk PRU, MIC juga akan dibantu oleh jentera UMNO sepertimana kita membantu dalam PRN yang melihat kebangkitan semula MIC," katanya.

Thinalan dalam satu kenyataan pada Rabu menggesa agar tindakan sewajarnya diambil dengan kadar segera berhubung dakwaan terdapat pemimpin yang terlibat menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri pada 2020, seperti didedah Tajuddin.

Pemimpin MIC itu juga turut menggesa Ahmad Zahid dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak tampil memberi penjelasan terhadap segala pendedahan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak itu.