BATU PAHAT - Penggunaan baja najis haiwan yang tidak diproses di kawasan pertanian di sekitar Yong Peng, dikenal pasti sebagai punca pencemaran bau yang menjejaskan lebih 3,000 penduduk di kawasan itu.
Yang Dipertua Majlis Daerah Yong Peng Mohd Hafiz Aliman berkata, susulan itu pihaknya telah mengeluarkan notis peringatan kepada seorang pekebun setakat ini.