TFC kecewa gagal raih tiga mata di tempat sendiri

Iklan
Perlawanan antara Terengganu FC menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada Rabu malam berkesudahan seri tanpa jaringan.

PENGENDALI Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain akui kecewa selepas gagal mengutip tiga mata ketika beraksi di laman sendiri menentang Negeri Sembilan FC (NSFC), pada Rabu malam.

Kekecewaan itu, menurut Nafuzi didorong oleh deretan peluang yang terhidang untuk skuadnya menjaringkan gol, namun gagal dimanfaatkan menyebabkan hanya satu mata berjaya diraih dalam perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

Iklan
Iklan

"Dari segi keputusan, memang kita rasa rugi kerana terlepas tiga mata memandangkan perlawanan sebelumnya menentang Penang FC, kita dah kalah.

"Walau bagaimanapun, daripada keseluruhan permainan saya berpuas hati dengan persembahan pemain yang masih baik biarpun dalam keadaan hujan lebat dan padang becak," katanya selepas perlawanan Liga Super menentang NSFC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini pada Rabu malam.

Iklan

Selain itu menurut Nafuzi, beliau tetap berpuas hati dengan persembahan dua penyerang importnya, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche yang disifatkan sentiasa berusaha keras membantu pasukan.

Biarpun gagal mencetak jaringan, kedua-dua pemain telah mempamerkan komitmen tinggi dan kesungguhan untuk membantu pasukan, katanya.

Iklan

Dalam pada itu, K Devan memuji persembahan anak buahnya yang berjaya bertahan dengan baik sepanjang 90 minit permainan.

Malah beliau turut berpuas hati apabila berjaya membawa pulang satu mata hasil daripada perlawanan dengan skuad Penyu yang disifatkan bukan calang-calang pasukan.

Keputusan seri malam tadi membolehkan Skuad Hobin Jang Hobin yang juga pendatang baharu Liga Super musim ini naik satu anak tangga untuk berada di tempat kedua carta Liga Super dengan 20 mata manakala TFC memperbaiki kedudukan daripada tangga kelapan naik satu anak tangga dengan mengumpul 10 mata. - Bernama