Kurang 1,000 penerima tidak ambil Bantuan Selangor Bangkit

Iklan
Banjir terburuk landa beberapa daerah di Selangor pada 18 Disember tahun lalu. (Gambar hiasan)

KLANG - Kurang daripada 1,000 penerima tidak mengambil Bantuan Selangor Bangkit di daerah Klang.

Pegawai Daerah Klang, Shahman Jalaludin berkata, alamat tidak lengkap selain nombor telefon kurang tepat antara punca bantuan kepada mangsa banjir itu gagal diserahkan kepada penerima.

Iklan
Iklan

Menurutnya, masalah itu dikesan ketika pegawai Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang mengunjungi alamat yang ditulis pada borang permohonan.

"Kita ada pergi mencari penerima sebelum 30 April, namun gagal menemukan mereka kerana alamat tidak lengkap dan nombor telefon tidak tepat.

Iklan

"Ada juga penerima tiada di rumah dan wang sumbangan diserahkan kepada wakil. Secara keseluruhan, kurang 1,000 penerima tidak mengambil bantuan," katanya menurut laporan Selangor Kini pada Khamis.

Katanya, hampir 66,000 penerima sudah menerima bantuan tersebut sejak Disember tahun lalu.

Iklan

Pada 21 Disember tahun lalu, kerajaan negeri menyediakan dana RM100 juta bagi Bantuan Selangor Bangkit kepada mangsa banjir yang terjejas dalam kejadian 18 Disember lalu.

Sumbangan turut disalurkan kepada waris korban banjir sebanyak RM10,000 dan RM1,000 kepada setiap isi rumah terjejas banjir.