HASRAT beregu wanita utama negara, Pearly Tan- M Thinaah untuk mara ke suku akhir Terbuka Malaysia 2022 tidak kesampaian apabila tewas kepada gandingan China, Zhang Shu Xian dan Zheng Yu pada pusingan kedua sebentar tadi.
Pasangan di ranking 10 dunia itu tewas 'straight set' 19-21, 15-21 dalam masa 42 minit di Arena Axiata Bukit Jalil.