Terbuka Malaysia: Yew Sin-Ee Yii langgar habis juara Olimpik

Iklan
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi

BEREGU lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi melakar kejutan pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2022, apabila menumpaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Wang Chi-lin-Lee Yang di Arena Axiata Bukit Jalil sebentar tadi.

Gandingan yang berada di ranking ke-10 dunia itu memerlukan 41 minit untuk menghantar pulang jagoan beregu dari Taiwan itu dengan kemenangan 21-17, 21-18.

Iklan
Iklan

"Terima kasih kepada penyokong yang hadir hari ini mereka memberi semangat kepada kami untuk menang.

"Kami akui perlawanan ini 50-50 tapi kami tak fikir banyak, kami bersyukur kepada Tuhan apabila berjaya menang perlawanan ini.

Iklan

"Untuk esok, kami tunggu arahan jurulatih dan kami tidak mahu fikir banyak cuma main sahaja lawan mereka (Fajar Alfian-Rian Adrianto),” katanya.

Untuk rekod, Yew Sin-Ee Yii bakal berentap dengan Fajar Alfian-Muhammad Rian Adrianto pada suku akhir selepas beregu ranking ketujuh dunia tersebut menewaskan gandingan Jerman, Mark Lamsfuss- Marvin Seidel 21-23, 21-14, 21-14.

Iklan