Korea muncul juara Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah

Iklan
Pasukan Hoki Korea meraikan kemenangan selepas pasukan itu muncul juara setelah menumpaskan pasukan India pada saingan Akhir Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Hoki Azlan Shah malam ini. - Foto Bernama

KOREA Selatan mencipta kejutan apabila muncul juara Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah selepas menewaskan India 4-2 dalam penentuan pukulan penalti di Stadium Azlan Shah di sini, malam ini.

Kapten pasukan, Lee Namyong muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan dengan penuh bergaya menewaskan Krishna Pathak.

Iklan
Iklan

Pujian juga harus diberikan kepada kesemua pemain Korea Selatan terutamanya penjaga gol, Kim Jaehyeong kerana menidakkan kesemua serangan berbahaya India termasuk empat pukulan sudut penalti dan dua pukulan penalti.

Dengan kemenangan itu, Korea Selatan berjaya merangkul kejuaraan buat kali ketiga selepas 1996 dan 2010.

Iklan

Dalam aksi penuh mendebarkan sebelum itu, India berjaya memperoleh gol pertama pada minit ke-9 menerusi Simranjeet Singh yang menguis masuk bola selepas berlaku pergelutan di hadapan gawang Korea Selatan.

Peluang Korea Selatan menyamakan kedudukan muncul pada minit ke-47, setelah pengadil perlawanan menghadiahkan pukulan penalti kepada Jang Jonghyun.

Iklan

Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan, yang memaksa kemenangan ditentukan dengan pukulan penalti.

Gol pukulan penalti Korea dijaringkan oleh Ji Woo Cheon, Lee Jungjun, Jung Manjae dan Lee Namyong manakala gol pukulan penalti India dijaring oleh, Birendra Lakra dan Varun Kumar.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang turut berangkat menyaksikan perlawanan tersebut berkenan menyampaikan trofi kepada Korea Selatan.

Pada perlawanan terdahulu, Malaysia menduduki tempat ketiga setelah menewaskan Kanada 4-2 manakala Jepun menamatkan kempen di tempat kelima dengan mengalahkan Poland 6-1.

Senarai Anugerah:

Juara: Korea Selatan

Naib Juara: India

Ketiga: Malaysia

Pemain Terbaik Perlawanan: Jang Jonghyun (Korea Selatan)

Penjaga Gol Terbaik: Kim Jaehyeong (Korea Selatan)

Penjaring Terbanyak: Jang Jonghyun (7) (Korea Selatan) dan Mandeep Singh (7) (India)

Pemain Terbaik Kejohanan: Surender Kumar (India)

Fair Play (Piala Raja Ashman Shah): Jepun - Bernama