Isu rakyat penentu kemenangan sesebuah parti pada PRU15

Iklan
Mas Ermieyati (tengah) bersama Srikandi Bersatu Kelantan semasa menghadiri majlis minum petang bersama di PCB Beach Resort, Kota Bharu pada Khamis.

KOTA BHARU - Isu rakyat dilihat menjadi penentu kemenangan kepada parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk membentuk kerajaan.

Naib Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengakui 'atmosfera' politik pada PRU15 kali ini tidak sama dengan sebelum-sebelumnya.

Iklan
Iklan

"Cabaran yang dihadapi parti politik sekarang sangat mencabar, isu rakyat perlu diberi perhatian dan itu paling utama.

"Hal ini kerana rakyat sudah bijak menilai parti yang boleh membela nasib mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis minum petang bersama Srikandi Bersatu Kelantan di PCB Beach Resort di sini, pada Khamis.

Iklan

Mas Ermieyati berkata, semua parti politik termasuk Bersatu perlu bekerja keras dengan meletakkan kepentingan rakyat di hadapan.

Katanya, soal siapa calon PRU15 perlu dilupakan seketika dengan memberikan tumpuan kepada rakyat.

Iklan

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Bersatu menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terutama ketika menyelesaikan masalah kenaikan kos sara hidup.

Katanya, Bersatu berharap Perdana Menteri tabah dan cekal dalam menangani pelbagai isu termasuk kos sara hidup yang semakin meningkat.