Pindaan Akta 655 dibentang Oktober ini

Iklan
Tuan Ibrahim pada sidang media Pelancaran Portal Pekerjaan Hijau Malaysia di sebuah hotel, pada Khamis. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Cadangan pindaan peruntukan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap penjenayah alam sekitar kini dalam proses semakan akhir, kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, pindaan akta itu dijangka dapat dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini.

Iklan
Iklan

"Kami sedang buat semakan untuk meningkatkan kadar hukuman lebih tinggi hingga jutaan (ringgit) termasuk mandatori penjara bagi yang melakukan kesalahan.

"Pindaan ini dibuat sebab kerajaan setuju kompaun sedia ada rendah dan tidak setimpal,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Portal Pekerjaan Hijau di sini pada Khamis.

Iklan

Akta 655 yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2008 memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Antara pindaan yang dicadangkan ialah peningkatan denda daripada RM100,000 kepada RM10 juta manakala hukuman penjara dinaikkan daripada setahun kepada 15 tahun atau kedua-duanya sekali.

Iklan

Pada 3 November 2020, Tuan Ibrahim dilaporkan berkata, Akta 655 sedang dalam proses mendapatkan kelulusan dasar Jemaah Menteri sebelum dibentangkan di Parlimen. - Bernama