Pemandu pacuan empat roda akan dipanggil polis

Iklan
Tangkap layar klip video yang memaparkan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda dipercayai memotong garisan berkembar di Janda Baik, Bentong.

BENTONG - Pihak polis akan memanggil pemandu pacuan empat roda untuk memberikan keterangan selepas tular klip video memaparkan kenderaan itu dipercayai memotong garisan berkembar di Janda Baik, Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah menjalankan siasatan awal mengesan pemandu tersebut untuk memberikan keterangan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jika didapati bersalah, pemandu kenderaan itu boleh dikenakan saman atas kesalahan memotong di kawasan garisan berkembar.

"Ia di bawah Kaedah-Kaedah Lalulintas 167/59 iaitu Peraturan 12(3)(A) yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau boleh dikenakan penjara maksimum enam bulan.

Iklan

"Pihak polis juga memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian yang melanggar undang-undang jalan raya untuk tampil memberi maklumat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ujarnya lagi, pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah serta tidak mementingkan diri sendiri.

Iklan