Pengawal keselamatan diberkas cederakan adik, nenek

Iklan

AMPANG - Berang tidak mendapat wang, seorang gadis dan neneknya cedera dibelasah abang kandung dalam kejadian di Kampung Tasik Tambahan di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika suspek berumur 25 tahun itu pulang ke rumah.

Iklan
Iklan

"Siasatan dijalankan mendapati suspek bertindak membaling dua buah baldi pada bahagian belakang mangsa selain menampar dan menjirus air teh suam pada seluruh badan nenek mangsa.

"Akibat daripada kejadian, mangsa berumur 23 tahun bersama neneknya berumur 64 tahun mengalami kecederaan di bahagian bahu dan pipi," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Katanya, suspek mengamuk ketika dijeling adiknya itu selepas suspek dikatakan meminta wang.

"Bagaimanapun, suspek terus mengamuk sebaik sahaja keinginannya tidak dipenuhi dan bertindak mencederakan kedua mangsa.

Iklan

"Siasatan dijalankan turut mendapati suspek masih mempunyai kedua ibu bapa, namun telah lama bercerai dan suspek juga tidak pernah berjumpa dengan bapa kandungnya," katanya.

Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu kemudiannya berjaya diberkas pada Rabu dan direman empat hari untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun beliau berkata, hasil ujian saringan yang dijalankan mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah.

Kes di siasat dibawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.