Bekas pelari Olimpik Melbourne 1956 meninggal dunia

Iklan
Mendiang Harichandra. - Foto FB OCM

BEKAS atlet olahraga negara di Sukan Olimpik 1956 di Melbourne, Australia, M Harichandra, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamanannya di Singapura, pada Rabu.

Mendiang yang berusia 92 tahun merupakan abang kepada legenda pecut negara Tan Sri Dr M. Jegathesan.

Iklan
Iklan

Jegathesan, yang dikenali sebagai 'The Flying Doctor' berkata, abangnya itu menghembuskan nafas terakhir di Singapura sebelum beliau sempat menghubunginya melalui panggilan telefon.

Upacara sembahyang dan pembakaran mayat disempurnakan di Singapura pada Khamis.

Iklan

Mendiang adalah atlet yang pernah menyertai Sukan Asia 1954 di Manila dan Sukan Olimpik Melbourne 1956 serta antara kumpulan atlet negara pertama beraksi di sukan antarabangsa.

"Beliau adalah hero saya dan disebabkan beliau, saya mengikut jejak langkah untuk menyertai sukan olahraga dan dia merupakan suri teladan untuk saya berjaya di sukan olahraga," katanya pada Khamis.

Iklan

Harichandra pernah memecahkan rekod larian dalam tempoh dua minit untuk 800m pada usia 23 tahun sebelum mewakili negara dalam banyak lagi acara.

Beliau akhirnya berpindah ke Singapura dan mula bekerja sebagai pegawai penjara di Outram Road pada tahun 1957 sebelum menjadi warganegara pada 1959, mewakili Singapura dalam olahraga termasuk di peringkat masters.

Beliau meninggalkan isteri Thangarasi, 78, serta dua orang anak bernama Rohan dan Anita. - Bernama