Maldini kekal pengarah teknikal Milan

Iklan
Maldini

LEGENDA AC Milan, Paolo Maldini nyata gembira apabila boleh 'merancang masa depan' Rossoneri selepas bersetuju untuk kekal sebagai pengarah teknikal.

Bekas pemain berusia 54 tahun itu sebelum ini dijangka akan menamatkan kontraknya bersama Milan, namun tidak lama sebelum perjanjian itu dia menyatakan pendirian akan kekal menjawat jawatan tersebut.

Iklan
Iklan

"Semuanya sudah dirancang. Walaupun pembaharuan kontrak berlaku pada saat akhir, tetapi kami berjaya melakukannya.

"Saya sangat gembira berada di sini dan bersedia untuk merancang masa depan Milan dengan lebih banyak kemenangan.

Iklan

"Kami bermula agak lewat, tetapi kami akan memulihkan masa yang hilang. Masih ada masa untuk kami merancang sesuatu bagi memperkuatkan lagi pasukan bagi mengharungi musim akan datang,”katanya.

Untuk rekod, Maldini memegang jawatan itu selama empat tahun yang lalu berjaya membawa beberapa kejayaan kepada Milan termasuklah memenangi kejuaraan Serie-A musim lalu.

Iklan

Selain itu, Maldini juga merupakan individu penting yang banyak membantu Milan menandatangani tonggak utama pasukan seperti Theo Hernandez, Rafael Leao dan Mike Maignan.