KKM mansuh keperluan isi pas pengembara bagi rakyat Malaysia

Iklan
Khairy Jamaluddin Abu Bakar. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air tidak lagi perlu mengisi pas pengembara berkuat kuasa Isnin depan.

Ia selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memansuhkan keperluan itu.

Iklan
Iklan

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kelonggaran itu bagi memudahkan rakyat kembali ke negara ini selain sistem kesihatan kini berada di tahap baik dan memuaskan.

"Pemansuhan ini akan dibuat secara berperingkat untuk turut memberi kelonggaran kepada kumpulan-kumpulan lain seperti pemegang-pemegang pas sosial, pas pelajar serta penduduk tetap pada masa depan yang akan diumumkan kelak," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Iklan

Menurut Khairy, ciri-ciri pas pengembara masih dipaparkan di aplikasi MySejahtera dan perlu dilengkapkan oleh pengembara asing sebelum memasuki negara ini.

"Selain pemantauan kes-kes Covid-19 di kalangan pengembara luar, ciri-ciri tersebut perlu dilengkapkan oleh mereka supaya KKM berupaya membuat pemantauan rapi ke atas penyakit berjangkit lain dari luar negara seperti cacar monyet," katanya.

Iklan