8 terkorban, 50 hilang tanah runtuh di Manipur, India

Iklan
Anggota penyelamat dan pihak berkuasa kini dalam proses mencari dan menyelamat mereka yang tertimbus di bandar Noney. - Foto REUTERS

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lebih 50 lagi hilang akibat tanah runtuh yang melanda negeri Manipur di timur laut India, lapor Xinhua pada Khamis.

Tanah runtuh telah menyekat sepenuhnya aliran sungai di daerah Tamenglong dan Noney.

Iklan
Iklan

"Sekurang-kurangnya lapan terbunuh manakala lebih 50 hilang selepas tanah runtuh berlaku di kem 107 Askar Wataniah (TA) di daerah Noney di Manipur awal pagi Khamis,” lapor media tempatan Indian Express.

Tanah runtuh turut berlaku di projek pembinaan kereta api Imphal-Jiribam.

Iklan

Tujuh yang maut merupakan anggota TA dan seorang pekerja yang terlibat dalam projek pembinaan itu.

Kerajaan tempatan masih belum mengeluarkan jumlah sebenar kematian.

Iklan

Perdana Menteri India Narendra Modi menzahirkan rasa dukacita atas kejadian itu.

"Saya sudah berbincang dengan Ketua Menteri Manipur N. Biren Singh...saya akan pastikan semua bantuan daripada Pusat (kerajaan persekutuan) akan disalurkan," kata Modi dalam satu kenyataan ringkas yang disiarkan di media sosial. - Bernama