KKM sangkal krisis kekurangan doktor di HKL, HTA

Iklan
Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan berlaku krisis kekurangan pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Tunku Azizah (HTA).

Ini kerana kata kementerian itu, pihaknya telah merancang pertukaran masuk pegawai perubatan dari negeri lain ke HKL dan HTA pada tarikh yang sama bagi menggantikan pegawai perubatan yang bertukar keluar mulai 18 Julai.

Iklan
Iklan

"Urusan pertukaran ini adalah prosedur biasa yang dilaksanakan oleh KKM bagi melaksanakan arahan dan memproses permohonan pertukaran pegawai dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mengulas mengenai surat HKL yang tular berkaitan kekurangan pegawai perubatan, KKM menjelaskan ia dikeluarkan oleh pengurusan hospital tersebut bagi melaksanakan penyelarasan dalaman untuk memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan khususnya di Jabatan Kecemasan HTA terus berjalan lancar.

Iklan

"Sehubungan itu, isu berlaku krisis kekurangan pegawai perubatan di HKL dan HTA adalah tidak berbangkit," katanya.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan, pemilik akaun Twitter, @HartalDoktorKontrak mendedahkan sekeping tangkap layar isi kandungan surat jemputan sesi perjumpaan pegawai perubatan bidang pengurusan diadakan 1 Julai berhubung selepas mendapati akan berlaku krisis kekurangan pegawai perubatan selepas 18 Julai.

Iklan