Najib dakwa Bersatu tidak kukuh, 'jual' nama GRS

Iklan
Najib ketika ditemui pemberita pada majlis Santai Petang Bersama Aktivis Maya Sabah di Kolombong, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Sabah sudah tidak kukuh.

Najib berkata, Bersatu kini lebih banyak menggunakan jenama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berbanding nama parti mereka sendiri.

Iklan
Iklan

"Nampaknya Bersatu dah menurun sebab mereka tak sebut banyak Bersatu, sekarang mereka 'jual' (nama) GRS.

"Saya nampak dia (Bersatu) tidak sekuat dulu, kalau Bersatu kuat mereka tentu cakap lebih Bersatu," katanya kepada pemberita selepas hadir pada majlis Santai Petang Bersama Aktivis Maya Sabah di Kolombong pada petang Jumaat.

Iklan

Najib turut berpendapat banyak parti yang bergerak secara solo dan tiada kekuatan sendiri menyebabkan mereka cuba kekal menerusi gabungan bersama parti lain.

"Parti-parti yang lain itu tidak ada kekuatan, mereka sudah banyak menurun termasuk Parti Warisan (Warisan) juga. Kita kena faham bahawa BN ada kekuatan yang lebih pada masa ini," katanya.

Iklan

Diminta mengulas lanjut berhubung BN adalah pilihan terbaik kepada Sabah, Najib menjelaskan situasi yang berlaku di negeri ini banyak bergantung kepada situasi yang berlaku di Semenanjung.

"Di Semenanjung nampaknya angin bertiup ke arah BN, jadi semua kebanyakkan orang berpendapat BN ada peluang yang terbaik untuk menubuhkan kerajaan bila sampai pada masanya.

"Dalam konteks Sabah ini, kita kena tunjukkan bahawa BN ini sebenarnya bukanlah parti yang dari Semenanjung, BN adalah parti yang dikuasai oleh orang Sabah dan di bawah satu payung yang lebih besar," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai program yang dihadirinya, Najib berkata itu adalah kali pertama beliau bertemu dengan aktivis sosial di negeri ini.