JAKARTA - Menteri Pembaharuan Pentadbiran dan Birokrasi Indonesia Tjahjo Kumolo meninggal dunia pada Jumaat di Hospital Abdi Waluyo, Jakarta.
Tjahjo, 64, menghembuskan nafas terakhirnya pada 11.10 pagi waktu tempatan selepas menjalani rawatan intensif akibat jangkitan paru-paru selama hampir dua minggu.