SHAH ALAM - Susulan pemansuhan harga siling minyak masak tulen botol bermula Jumaat, terdapat pasar raya didapati mula menjual bahan masakan tersebut pada harga lebih 40 peratus berbanding harga siling sebelum ini.
Tinjauan Sinar Harian di beberapa pasar raya di sini mendapati kadar peningkatan itu melibatkan kesemua jenis minyak masak botol iaitu 1, 2, 3 dan 5 kilogram (kg).