Kes Covid-19 melonjak

Iklan
Gambar kecil: TEDROS

JUMLAH kes jangkitan baharu Covid-19 meningkat sebanyak 18 peratus pada minggu lalu dengan lebih 4.1 juta kes dilaporkan di seluruh dunia.

Data tersebut dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selepas kebanyakan negara sudah memasuki fasa endemik dan mula melonggarkan sekatan Covid-19 hingga menyebabkan orang ramai mula alpa dengan ancaman pandemik tersebut.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, jumlah korban Covid-19 di seluruh dunia dikatakan hampir sama dengan angka yang direkodkan minggu sebelumnya iaitu kira-kira 8,500 kematian yang menyaksikan peningkatan ketara di rantau Asia Barat, Asia Tenggara dan Amerika.

Ketua agensi kesihatan itu, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, kes direkodkan meningkat di 110 negara dan kebanyakannya disebabkan oleh penularan varian Omicron, BA.4 dan BA.5.

Iklan

Menurut laporan dikeluarkan pada lewat Rabu menunjukkan kenaikan mingguan terbesar dapat dilihat di rantau Asia Barat dengan 47 peratus, Eropah dan Asia Tenggara (32 peratus) dan Amerika (14 peratus).

"Pandemik ini telah berubah, namun ia belum berakhir,” ujar Dr Tedros sambil menambah keupayaan untuk menjejaki evolusi genetik Covid-19 ‘terancam’ kerana langkah pelonggaran terhadap usaha pengawasan dan penjujukan genetik.

Iklan

Beliau turut menggesa negara yang menyaksikan lonjakan supaya memvaksin populasi paling berisiko termasuk kakitangan perubatan dan golongan berusia 60 tahun ke atas. - Agensi Info:Lebih 1.2 bilion dos vaksin Covid-19 telah diberikan di seluruh dunia dengan kadar purata imunisasi di negara miskin adalah kira-kira 13 peratus.

Kes melonjak di 110 negara disebabkan penularan varian Omicron, BA.4 dan BA.5.