Pemancing dan krew bot selamat

Iklan

Kapal KM Redang milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu membawa sepuluh pemancing dan tiga krew bot yang terselamat di Jeti APMM Kuala Terengganu hari ini.

Seramai 10 pemancing dan tiga krew bot dilaporkan hilang di sekitar Pelantar Tapis, Rabu lalu ditemui dalam keadaan selamat pada 1.40 tengahari semalam di sekitar Pelantar Cendor, kira-kira 80 batu nautika dari Kuala Terengganu.

Iklan
Iklan

Bot yang mengalami kerosakan enjin ditemui oleh kapal pembekal yang menghantar barangan keperluan ke pelantar.

Mangsa yang berusia 32 hingga 52 tahun dibawa pulang oleh Kapal KM Redang tiba di Jeti APMM Kuala Terengganu kira-kira 9 pagi tadi.

Iklan
Iklan