Tumpu usaha bela nasib pesara, bekas polis

Iklan
Baharudin (kiri) melihat plak penghargaan yang diterima pesara polis zaman darurat, Zainab Wan Mohamed dalam kunjungan kasih Persatuan Bekas Polis Malaysia(PBPM) Wilayah Persekutuan di Meru di sini, pada Sabtu.

KLANG - Rang Undang-Undang (RUU) Pesara dan Bekas Polis dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada pengunjung tahun ini perlu menfokuskan kepada pembelaan nasib pesara dan bekas polis secara keseluruhan.

Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia(PBPM) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Baharudin Abu berkata, nasib pesara dan bekas polis berpangkat rendah terutamanya perlu diberikan perhatian memandangkan ramai berada dalam keadaan memerlukan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tidak semua mereka yang meninggalkan perkhidmatan sebagai anggota polis hidup senang.

"Masih ramai pesara dan bekas anggota polis yang masih lagi bekerja dalam pelbagai bidang, terutamanya mereka yang masih bekeluarga dan memerlukan punca pendapatan.

Iklan

"Saya bagi contoh terutamanya di Kuala Lumpur, ramai lagi ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia(PBPM) Wilayah Persekutuan tinggal di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), bekerja sebagai pengawal keselamatan dan pelbagai lagi bidang pekerjaan lain dengan gaji yang tidak seberapa," katanya ketika kunjungan ziarah di rumah pesara polis zaman darurat di Meru, di sini pada Sabtu.

Justeru katanya, pihaknya menyambut baik pembentangan RUU Pesara dan Bekas Polis tersebut.

Iklan

"Kami amat mengalukan pembentangan RUU tersebut, cuma ia perlu diluaskan dengan melibatkan pembelaan nasib semua pesara dan bekas anggota polis.

"Ini termasuk dari segi bantuan bukan sahaja melibatkan pemberian tunai, malah bantuan seperti latihan atau geran sama ada untuk Persatuan Bekas Polis Malaysia di Peringkat Negeri dan Peringkat Pusat," katanya.

Menurutnya, pihaknya turut memohon agar bantuan diberikan kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia(PBPM) Wilayah Persekutuan untuk diberikan ruang pejabat bagi menjalankan aktiviti.

"Kami juga amat mengharapkan agar pihak kerajaan dapat membantu menyediakan ruang pejabat yang selesa untuk pentadbiran pengurusan Persatuan.

"Dengan adanya pejabat, dapat melancarkan usaha kami dalam membantu setiap ahli yang bermasalah, di samping menyediakan modal untuk memulakan perniagaan kepada pesara dan bekas polis ini," katanya.

22 Jun lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, RUU Pesara dan Bekas Polis dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada pengunjung tahun ini.

Menurutnya, satu jawatankuasa khas telah dilantik pada 12 April lalu untuk menyediakan draf RUU tersebut.