Rakyat jangan mengeluh, bangkit bincang masa depan negara

Iklan
Anwar Ibrahim

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Rakyat terutamanya golongan muda perlu membincangkan soal tanggungjawab, membangkitkan kesedaran serta usaha rakyat dalam menyelamatkan negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kepada rakyat tidak boleh mengeluh dan lemas dalam membincangkan masa depan negara.

Iklan
Iklan

"Oleh yang demikian kerja kita, anak-anak muda sama ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain bangkit selamatkan negara ini tolak rasuah dan kezaliman, menang kalah itu soal lain, soal kerja mesti diusahakan sepenuhnya.

"Sudah berulang kali telah menegaskan, ia (perubahan) bukan selesai di sini, di sini ialah pencetus idea.

Iklan

"Di sana iaitu di sawah, di kalangan pekerja dan miskin bandar, di estet, di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak, di situlah medan kita," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Sidang Nadi Rakyat yang diadakan di sebuah hotel pada Sabtu.

Iklan

Hadir sama, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Mengulas lanjut, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, segala isu yang dibangkitkan dalam sidang tersebut termasuk melibatkan kerajaan negeri diharap dapat dirumus serta dikemukakan kepada menteri besar.

Ujar beliau, tindakan ahli-ahli parti yang berani menyuarakan pandangan serta cadangan terhadap permasalahan di negara ini sebagai satu usaha yang baik.

"Tidak ada negeri yang menunjukkan keprihatinan terhadap permasalahan rakyat secara menyeluruh termasuk ibu tunggal seperti mana yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH).

"Tetapi ia masih belum mencukupi kerana kita mengemukakan kerajaan-kerajaan ini sebagai alternatif.

"Jadi, saudara-saudara terutamanya golongan muda jangan bicara soal letih dan lemas, sebaliknya bicara soal tanggungjawab, membangkitkan kesedaran rakyat dan menyelamatkan negara kita," katanya.