Dua beranak dikhuatiri lemas jatuh kolam takungan

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Dua beranak dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki terbalik di sebuah kolam takungan di Taman Cahaya Sungai Chua, Kajang, pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 2.15 petang.

Iklan
Iklan

"Maklumat awal yang diterima mendapati bot tersebut dinaiki tiga lelaki iaitu seorang ayah dan dua anaknya.

"Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) menggunakan teknik grappling iron bagi mengesan dua mangsa berusia 50-an dan 15 tahun dalam kolam takungan dengan kedalaman 30 meter,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Norazam berkata, seorang lagi mangsa berusia 18 tahun berjaya menyelamatkan diri. - Bernama

Iklan