Cabaran Izzuddin-Sze Fei terhenti separuh akhir

Iklan
Sze Fei (kiri) dan Izzuddin beraksi ketika menentang Fajar Alfian-Muhammad Rian pada perlawanan separuh akhir Terbuka Malaysia di Axiata Arena Bukit Jalil, pada Sabtu. - Foto Bernama

HASRAT beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei melangkah ke perlawanan akhir Terbuka Malaysia kali ini tidak kesampaian apabila tewas kepada pasangan Indonesia Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto dalam aksi di Arena Axiata Bukit Jalil, pada Sabtu.

Izzuddin-Sze Fei yang merekodkan pencapaian baik sepanjang kempen kali ini terpaksa akur kepada kehebatan pasangan lawan yang juga pilihan keenam, 14-21, 12-21 dalam perlawanan separuh akhir yang mengambil masa 37 minit.

Iklan
Iklan

Pada set pertama menyaksikan Izzuddin-Sze Fei cuba memberi tentangan, namun kesilapan mudah dilakukan memberi ruang dan peluang kepada pasangan lawan mengutip mata demi mata untuk mengesahkan kemenangan 21-14.

Izzuddin-Sze Fei kembali cuba menyaingi lawan pada set kedua, namun ternyata corak permainan ditampilkan Fajar Alfian-Muhammad Rian cukup mantap sebelum menghantar menoktahkan perjalanan beregu negara dengan kemenangan 21-12 dalam masa 37 minit.

Iklan

Sementara itu, Izzuddin mengakui dia kerap melakukan kesilapan hingga memberi peluang kepada lawan untuk mengutip mata dalam perlawanan tersebut.

"Mental tidak cukup kuat selain status juga tidak sama menyebabkan agak sukar untuk kami menumpaskan Fajar Alfian-Muhammad Rian.

Iklan

"Mungkin terlampau memikirkan kelebihan dan kekuatan Fajar Alfian-Muhammad Rian menyebabkan kami tidak boleh memberi tumpuan sepenuhnya sekali gus mengganggu rentak perlawanan. Secara keseluruhannya sasaran kami untuk Terbuka Malaysia ini tercapai,” katanya.

Untuk rekod, pertemuan terakhir kedua-dua pasangan beregu berakhir dengan keputusan memihak kepada Fajar Alfian-Muhammad Rian di Terbuka Switzerland dan Terbuka Indonesia.

Kedua-dua pasangan tersebut dijadualkan berentap sekali lagi pada Masters Malaysia di Arena Axiata Bukit Jalil yang menyingkap tirai Selasa ini.