Harga ditetapkan munasabah

Iklan
Mohd Azlan (gambar kecil) menyambut baik usaha kerajaan menetapkan harga siling baharu ayam RM9.40 sekilogram.

IPOH - Harga sekilogram ayam di kebanyakan kedai dan pasar raya di bandar Ipoh dijual mengikut harga siling ditetapkan kerajaan.

Tinjauan Sinar Ahad di beberapa premis melibatkan pasar raya dan kedai runcit mendapati kebanyakan mereka menjual pada harga RM9.40 sekilogram.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, terdapat pasar raya yang menjual ayam segar lebih rendah iaitu pada harga RM7.99 sekilogram.

Bagi pengusaha kedai ayam segar, Datuk Mohd Azlan Helmi berkata, harga ditetapkan oleh kerajaan itu munasabah bagi peniaga dan pelanggan.

Iklan

Menurutnya, melalui penetapan harga baharu tersebut, orang ramai mudah merancang untuk membeli berbanding sebelum ini kerana ada pihak yang meletakkan harga sesuka hati.

"Kita menyambut baik usaha kerajaan menetapkan harga siling baharu tersebut. Biarpun margin keuntungan sedikit namun peniaga dan pengusaha masih mampu bertahan.

Iklan

"Pengguna juga tidak gelisah nak beli ayam kerana sebelum ini harga tak menentu dan sukar dijangka,” katanya kepada Sinar Ahad.

Mengenai bekalan pula, Mohd Azlan yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Pematap Industries berkata, tiada masalah untuk memperoleh ayam segar daripada pembekal.

Menurutnya, setakat ini kedai Oh Ayamku milik Pematap Industries belum pernah berhadapan dengan masalah terputus bekalan dan sebarang permintaan masih dapat dipenuhi.

Jelasnya, menjelang Hari Raya Aidiladha, permintaan terhadap ayam meningkat sebanyak 20 peratus tetapi tidak terlalu tinggi berbanding ketika Hari Raya Aidilfitri lalu.