Israel bina lebih 4,000 rumah pendatang Yahudi

Iklan
Pemandangan udara penempatan haram Psigat Ze'ev di timur Baitulmaqdis yang didiami lebih 50,000 pendatang Yahudi.

TEL AVIV - ISRAEL. Kerajaan Israel dijangka meluluskan pembinaan 4,500 unit rumah peneroka haram Yahudi di wilayah diduduki di Tebing Barat.

Menurut laporan Pihak Berkuasa Penyiaran Israel (IBA), kelulusan itu bagaimanapun terpaksa ditangguhkan selepas pilihan raya pada 9 April ini.

Iklan
Iklan

Kira-kira 650,000 pendatang Yahudi tinggal di lebih 100 penempatan haram di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis.

Penempatan Israel di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis dianggap haram berdasarkan undang-undang antarabangsa dan ditentang hebat penduduk Palestin. - Agensi

Iklan
Iklan