PENYERANG sensasi Manchester United, Cristiano Ronaldo dilaporkan meminta untuk meninggalkan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu jika kelab menerima tawaran yang lumayan musim panas ini, menurut laporan media Britain.
Spekulasi mengenai masa depan Ronaldo di Manchester United bertiup kencang selepas kegagalan kelab itu layak ke Liga Juara-Juara, walaupun pengendali baharu Erik ten Hag menegaskan pemain Portugal tersebut sebahagian daripada rancangannya di Old Trafford.
Iklan
Iklan
Laporan itu menambah bahawa pemain berusia 37 tahun tersebut percaya dia masih boleh bermain di peringkat elit untuk tiga daripada empat tahun lagi.
Untuk rekod, Ronaldo menandatangani semula kontrak dengan United dari Juventus pada Ogos 2021, merupakan antara watak penting pengendali sementara Ralf Rangnick musim lalu, menjaringkan 24 gol dalam semua kejuaraan.
Bekas penyerang Real Madrid itu, yang masih berbaki kontrak setahun di Old Trafford juga dikaitkan perpindahan ke Chelsea dan Bayern Munich sejak kebelakangan ini.
Sementara itu, Manchester United dalam satu laporan menyatakan tonggak Portugal tersebut bukan untuk dijual.
Artikel Berkaitan