Bersatu Sabah tidak sembunyi di sebalik nama GRS

Iklan
Khairul Firdaus

KOTA KINABALU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak bersembunyi di sebalik nama Gabungan Rakyat Sabah (GRS), tegas Ketua Penerangan Bersatu Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan.

Khairul Firdaus sebaliknya berkata, parti itu bergerak seiring dalam GRS bersama rakan komponen yang lain demi pembangunan Sabah.

Iklan
Iklan

"Tidak baik fitnah kami (Bersatu) begitu, tuduh kami bersembunyi dalam GRS kerana kami lemah, sedih juga kami dengar tohmahan sebegitu.

"Kami antara komponen dalam gabungan tersebut (GRS) dan kita semua dalam GRS bergerak seiring sebagai sebuah gabungan yang membentuk kerajaan yang mentadbir Sabah.

Iklan

"Tidak wajar kalau ada pihak yang suka-suka hati menuduh Bersatu sebegitu, apatah lagi jika pihak itu bukan dari kalangan pemimpin tempatan Sabah yang arif tentang corak politik di Sabah," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak bahawa Bersatu di Sabah sudah tidak kukuh dan kini hanya 'jual' nama GRS berbanding nama parti sendiri.

Iklan

Tambah Khairul Firdaus lagi, pemimpin dari luar Sabah yang kurang arif dengan keadaan semasa politik negeri ini diminta tidak mengeluarkan kenyataan atau menghina corak politik di Sabah.

"Kita di Sabah dengan kerajaan GRS adalah satu cetusan idea yang pertama kali dalam sejarah politik Sabah dan jalinan kerjasama ini juga adalah cetusan daripada Datuk Seri Hajiji sebagai ketua Bersatu kita di Sabah dan juga Datuk Seri Bung Mokhtar Radin selaku ketua BN di Sabah.

"Tujuan utamanya adalah kerana kedua-dua pemimpin ini adalah pemimpin Sabah yang faham akan norma politik di Sabah dan inginkan yang terbaik untuk kelangsungan kemajuan negeri Sabah, seiring dengan fokus Sabah Maju Jaya (SMJ)," katanya.

Sehubungan itu, Khairul Firdaus yang juga Ketua Bahagian Bersatu Batu Sapi berharap tiada pihak yang sengaja mencetuskan isu sebagai punca untuk berbalah di negeri ini.

"Saya harap, tiada yang berhasrat atau berniat ingin menjadi batu api, mencurah minyak dan mencetus bahang api persengketaan," katanya.