Op ATM kesan peniaga jual melebihi harga maksimum ditetapkan

Iklan
Pemeriksaan dijalankan anggota dan pegawai penguat kuasa KPDNHEP Cawangan Kajang di sekitar kawasan di Seri Kembangan sejak 1 Julai lalu.

KAJANG - Empat premis dikesan melakukan pelbagai kesalahan termasuk menjual melebihi harga maksimum menerusi Op Antisorok dan Op Ayam, Telur dan Minyak Masak (Op ATM) di sekitar kawasan Seri Kembangan di sini sejak 1 Julai lalu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Kajang, Ruhaizad Zahari berkata, kesalahan itu dikesan menerusi pemeriksaan yang dijalankan melibatkan 834 premis.

Iklan
Iklan

"Empat kes dikesan melakukan pelbagai kesalahan antaranya melibatkan tiga kes gagal pamer tanda harga dan satu kes menjual melebihi harga maksimum.

"Kesemua tindakan kes telah dikenakan tindakan kompaun dengan jumlah keseluruhan RM1,200," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Katanya, operasi sama turut melibatkan pemeriksaan kedudukan harga runcit minyak masak sawit tulen dalam botol yang telah diapungkan harganya.

"Pemeriksaan dijalankan bagi memastikan harga jualan runcit adalah berpatutan dan peniaga tidak mengambil kesempatan dengan mengambil keuntungan secara tidak munasabah.

Iklan

"Mana-mana peniaga yang didapati berbuat demikian akan diberi notis di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan disiasat atas kesalahan mencatut," katanya.

Menurutnya, peniaga di luar bandar dan pinggir bandar diingatkan agar mematuhi semua perundangan yang dikuatkuasakan.

"Ini bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan tegas dan terus beretika menjalankan perniagaan dengan mengagihkan bekalan di pasaran dengan baik terutamanya ayam, telur ayam dan minyak masak.

"Peniaga turut diingatkan agar tidak mengambil kesempatan dengan mengambil keuntungan secara tidak munasabah (mencatut)," katanya.