Pelajar UTeM maut, kereta langgar pokok

Iklan
Kenderaan mangsa telah terbalik dan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. (Gambar kecil: Alqaashala)

MELAKA - Pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) maut selepas kereta Produa Myvi dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pokok di Lebuh Ayer Keroh berhampiran Taman Mini Malaysia, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.15 pagi dan mangsa dikenali sebagai Alqaashala Zakarya Abdullah Mohammed, 21, seorang warga Yaman.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

"Siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa dari arah Tol Ayer Keroh menuju ke persimpangan lampu isyarat MITC gagal dikawal lalu terbabas melanggar sebatang pokok yang berada di tengah pembahagi jalan.

Iklan

"Kenderaan mangsa terbalik dan mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mayat kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Iklan

Kenderaan terbabit juga dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan lanjut.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.