UMNO kenal pasti calon 'heavyweight' bertanding di Selangor

Iklan
Ahmad Zahid (dua dari kanan) menandatangani plak perasmian pada Program Santai Mesra NGO Anak Muda Geng 18 Bersama Presiden UMNO di M Sekin Wonderland pada Ahad.

SEKINCHAN - UMNO sedang mengenal pasti calon ‘heavyweight’ yang berpotensi untuk menang di Selangor sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau yakin calon 'heavyweight' antara yang boleh diketengahkan sebagai calon BN.

Iklan
Iklan

"Kita yakin (meletakkan calon heavyweight) salah satu (daripada) kriteria yang benar, tetapi ia sangat subjektif dan pastinya saya bersetuju dengan pandangan itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Santai Mesra NGO Anak Muda Geng 18 Bersama Presiden UMNO di M Sekin Wonderland pada Ahad.

Iklan

Sebelum ini, Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mencadangkan BN perlu meletakkan calon 'heavyweight' atau yang berada di kabinet untuk bertanding di Selangor jika parti itu berhasrat menawan kembali negeri ini pada PRU15.

Muhammad dilaporkan berkata, sebanyak 70 peratus calon 'heavyweight' perlu diletakkan di Selangor sementara 30 peratus lagi adalah muka baharu.

Iklan

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar turut menyambut baik cadangan pemimpin veteran UMNO supaya calon 'heavyweight' diberi peluang bertanding di negeri ini.

CAPTION

Ahmad Zahid (dua dari kanan) menandatangani plak perasmian pada Program Santai Mesra NGO Anak Muda Geng 18 Bersama Presiden UMNO di M Sekin Wonderland di sini pada Ahad.