Perlukah ada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada masa ini?

Iklan
Sebarang pelantikan baharu jawatan dalam kabinet tidak diperlukan pada ketika ini. - Gambar hiasan

SEHINGGA kini pengganti Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin masih belum diputuskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih belum buat sebarang keputusan mengenai kedudukan yang sepatutnya jadi milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Iklan
Iklan

Khabarnya Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah bertemu Ismail Sabri dan mengutarakan cadangan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Penggal Parlimen ke-14 akan tamat pada Jun tahun hadapan dan berbaki sekitar 12 bulan sahaja lagi dan wajar untuk Muhyiddin merayu kepada Ismail Sabri untuk diberikan jawatan itu kepada Bersatu ?

Iklan

Sejauh mana jawatan TPM dapat membantu Bersatu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ia masih samar-samar lagi.

Bagaimanapun bagi Merak Jalanan, buat masa ini ia bukan masa yang sesuai untuk melobi jawatan. Rakyat kini sedang dihimpit dengan peningkatan kos sara hidup terutama peningkatan harga barang keperluan.

Iklan

Apa yang penting ketika ini adalah semua pihak tidak kira daripada pelbagai latar belakang politik dapat duduk semeja membincangkan soal bagaimana mereka boleh mencari penyelesaian kepada isu harga barang naik, isu kerja dan inflasi.

Merak Jalanan sebagai rakyat Malaysia mengharapkan kerajaan, pemimpin politik, ahli korporat dan para cendekiawan dapat mencari formula terbaik menyelesaikan isu yang dilihat bagaikan tiada kesudahan.

Sebarang pelantikan baharu jawatan dalam kabinet tidak diperlukan pada ketika ini.

Jika benar kerajaan buat keputusan untuk lantik TPM, rakyat akan merasakan bahawa ia adalah satu lagi pembaziran yang tidak perlu dan hanya akan mengundang kritikan pembangkang sahaja.