Pekerja hotel maut kemalangan motosikal

Iklan
Motosikal milik mangsa. (Gambar kecil: Muhammad Ameerul)

MELAKA - Pekerja hotel maut dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Jalan Tanjung Minyak di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Ameerul Rashid Amran, 25, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, seorang lagi mangsa, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda Wave mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan sedang menerima rawatan Hospital Melaka.

"Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang remaja perempuan terbabit dari persimpangan lampu isyarat Bukit Rambai menghala ke Tanjung Minyak terbabas dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar motosikal Muhammad Ameerul secara berdepan.

Iklan

"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi tujuan bedah siasat manakala kedua-dua motosikal terlibat ditahan bagi pemeriksaan Puspakom," katanya.

Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan