[VIDEO] 'Muhyiddin patut bincang isu rakyat, bukan lantikan TPM'

Iklan
Tan Sri Muhyiddin Yassin

SHAH ALAM - Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi melaporkan dapatan atau cadangan dalam menangani isu rakyat, bukan bincang mengenai lantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang baharu.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, perbincangan sepatutnya ditumpukan ke arah membantu meringankan beban rakyat kerana isu lantikan kabinet bukan keutamaan pada ketika ini.

Iklan
Iklan

"Sepatutnya Pengerusi Majlis Pemulihan Negara apabila berjumpa dengan Perdana Menteri melaporkan kepada ketua kerajaan berkenaan dapatan atau cadangan MPN untuk menangani isu pemulihan.

Shahril Sufian Hamdan


"Tapi nampaknya Tan Sri Muhyiddin Yassin ambil kesempatan untuk membincangkan isu ‘lantikan jawatan baharu’ termasuk jawatan TPM.

Iklan

"Sudahlah begitu, hebahkan pula kepada umum untuk cuba beri tekanan kepada Perdana Menteri,” katanya dalam siaran di Facebook rasminya pada Ahad.

Pada Sabtu, Muhyiddin memaklumkan bahawa pelantikan jawatan TPM antara isu yang dibangkitkan semasa mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri beberapa hari lalu.

Iklan

Muhyiddin berkata, perbincangan itu turut melibatkan lantikan baharu menteri dan timbalan menteri sebagai mana yang termaktub dalam perjanjian antara PN dengan Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Shahril berkata, tidak ada keperluan untuk mendesak mana-mana pihak berhubung isu berkenaan kerana Perdana Menteri yang akan menentukan lantikan Kabinet.

"Adakah kalau ada TPM dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan selesai isu rakyat? Barisan Nasional (BN) baik dari dalam atau luar kerajaan akan terus memfokuskan usaha dan beri cadangan menangani isu rakyat.

"Pengerusi PN barangkali lebih sibuk isu jawatan Kabinet dan memuktamadkan isu logo yang tak habis-habis dibincangkan,” ujarnya.


BERITA SEMASA 4 JULAI 2022

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi melaporkan dapatan atau cadangan dalam menangani isu rakyat.

Namun isu lantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri lebih menjadi ‘tumpuan’.

Baca artikel penuh di sini: ttps://bit.ly/3ygB51q

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa" />