SHAH ALAM - Mohd Effendy Abdul Ghani dipilih sebagai Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) baharu dalam Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Ke-42 bagi penggal 2022-2025.
Setiausaha Agungnya, Kamarul Baharin Mansor berkata, Mohd Effendy berjaya merangkul jawatan itu selepas menewaskan pencabarnya, Mohd Japar Abdul Majid.
Iklan
Iklan
Ujar Kamarul Baharin, jawatan bagi Timbalan Presiden pula dimenangi oleh Matkar Siwang, manakala beliau sebagai Setiausaha Agung.
"Persidangan ini telah dihadiri seramai 411 orang dari seluruh negara yang berlangsung selama dua hari dan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Dengan selesainya persidangan itu maka MTUC telah melengkapkan kekosongan semua jawatan kecuali wakil belia dan wanita,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.