Penganggur didakwa bunuh wanita baru dikenali

Iklan
Muhamad Safuan (tengah) didakwa di Mahkamah Majistret Kota Tinggi atas tuduhan membunuh seorang wanita di KM6 Jalan Kota Tinggi- Kluang pada 1 Jun lalu.

KOTA TINGGI - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang baharu dikenalinya melalui aplikasi sembang di media sosial, awal bulan lalu.

Tertuduh, Muhamad Safuan Ridzuan, 32, mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Rashidah Baharom.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang wanita berusia 35 tahun.

Iklan

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kilometer 6 Jalan Kota Tinggi-Kluang berdekatan Kampung Lipat Kajang di sini, lebih kurang jam 10 malam pada 1 Jun lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Iklan

Dalam pada itu, tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis methamphetamine dalam badan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah ( IPD) Kota Tinggi, lebih kurang jam 1.25 petang, pada 23 Jun lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Irsyad Mardi.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 1 Ogos depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik, kimia dan patologi.

Difahamkan suspek yang tidak diwakili peguam itu, baharu mengenai mangsa dua bulan lalu menerusi aplikasi Omi.