Poster Tok Mat dilihat lebih dominasi

Iklan
Foto: ADAM AMIR HAMZAH

SEREMBAN - Bahang mana-mana pilihan raya tidak akan terasa jika tiada perang poster, gegantung calon dan bendera parti.

Tinjauan Sinar Harian di sekitar DUN Rantau mendapati 'wajah' calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dilihat lebih mendominasi berbanding calon PH, Dr S Streram.

Iklan
Iklan

Boleh dikatakan di setiap sudut tepi jalan raya terpampang poster Mohamad atau Tok Mat yang dipasang di tiang-tiang lampu dan 'billbord'.

Begitu juga dengan bendera BN yang 'berselerakan' di merata-rata.

Iklan

Sebaliknya bahan kempen mewakili Streram hanya dilihat berdasarkan bendera PH sahaja.

Poster dua calon Bebas iaitu R. Malar dan Mohd Nor Yassin pula langsung tidak kelihatan sekali gus memperlihatkan hanya dua calon yang bertanding dan bukannya empat.

Iklan

Bendera parti turut dilihat di kawasan perumahan tertentu seperti di Kampung Bemban, Taman Kelab Tuanku Mambau, Kampung Kuala Sawah dan Kampung Ulu Kanchong yang tertumpu di kawasan kubu kuat masing-masing.

Foto: ADAM AMIR HAMZAH