Meninggal dunia selepas berkayuh program Earth Hour

Iklan
Status terakhir arwah pagi semalam.

SHAH ALAM - Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika menyertai program kayuhan sempena Earth Hour di Shah Alam, malam tadi.

Difahamkan, lelaki tersebut, Iskandar Dzalman Aji (nama dari Facebook) yang sedang berkayuh dalam program itu tiba-tiba rebah dan terus dikejarkan ke Hospital Shah Alam.

Iklan
Iklan

Begitupun, berdasarkan maklumat dari rakannya menerusi laman Facebook Hisham Othman, mangsa disahkan meninggal dunia di hospital tersebut malam tadi.

"Salam sahabat-sahabat semua, mohon jasa baik semua doakan Tuan Iskandar Dzalman Aji cepat sembuh dan tiada yang serius. Difahamkan mungkin dia diserang serangan jantung ketika kayuh malam di Earth Hour Shah Alam....

Iklan

"Perkembangan terkini Tuan Iskandar telah meninggal dunia. Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah...” tulisnya.

Menerusi laman Facebooknya, arwah memuat naik status terakhir menunjukkan dia begitu bersemangat untuk menyertai kayuhan malam dalam program Earth Hour itu.

Iklan

Bahkan, dia turut mengajak rakannya dalam GengDuaEnam untuk ikut sama berkayuh dan kemudian berehat serta minum-minum di Seksyen 18, Shah Alam, selepas program selesai.

"SABTU (hari ini tau!!!) MALAM AHAD......Jom solat maghrib kat Masjid Al-Azhariah Seksyen 18.

"Lepas maghrib (tayar golek 8pm tau!!!) kita kayuh alon2 bersama King Khuzairi Khalil and the rest of #GengDuaEnam #26aintdead ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam sebab ada acara Earth Hour Ride Around Shah Alam.

Kena tiba sana sebelum 8.30pm!!!!! Sbb kayuhan Earth Hour start 8.30pm!!!

JOMMMMM!!!!! Lepas event, kita balik Seksyen 18... ngeteh kat Siam! tak payah bawak passport lah!” tulisnya.

Sementara itu, seorang lagi rakan Allahyarham, Zulhafidz Yahaya (nama dalam Facebook) memaklumkan arwah seorang yang baik, selalu menyokong rakan dan menjadi pendamai jika ada rakannya mahu berdebat.

Menurutnya, rakan-rakan bermain basikal banyak memuji arwah kerana dia merupakan insan yang sangat istimewa dalam hati mereka.

"Siapa buat biz (bisnes), dia support tanpa henti. Kalau dalam grup ada macam orang nak berdebat, dia selalu jadi pendamai dan orang tengah yang mendamaikan.

"Kalau kawan kawan nak kayuh, dia aturkan program untuk kawan-kawan. GSR, A2CC, akan merindui celoteh abang Iskandar Dzalman Aji.

"Abang aji, tenang dan damailah di sana. Saya doakan dari kejauhan. InsyaALLAH saya akan menziarahi Abang Aji. Saya halalkan apa sahaja antara saya dan Abang Aji,” tulisnya dalam Facebooknya.

Sinar Harian akan cuba mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes ini dari semasa ke semasa.