Tiada lesen, tak pakai topi keledar kesalahan paling tinggi

Iklan
Sebanyak 122 saman dikeluarkan sepanjang operasi pada Isnin. - Foto PDRM

PETALING JAYA - Sebanyak 122 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan terhadap penunggang motosikal menerusi Op Didik yang dijalankan di sekitar Taman Medan dan Taman Dato Harun di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, operasi dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) di sepanjang Jalan PJS 2 dan PJS 3 berhampiran kawasan sekolah di sini.

Iklan
Iklan

"BSPT Petaling Jaya telah membuat pemeriksaan terhadap penunggang dan pembonceng motosikal seramai 210 individu membabitkan pelajar, dan ibu bapa.

"Antara kesalahan yang dikeluarkan adalah tidak memakai topi keledar, tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak ikut peraturan atau fancy dan tiada cermin sisi," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Fakhrudin berkata, penguatkuasaan menerusi Op Didik akan dijalankan secara berterusan dalam usaha mendidik masyarakat supaya sentiasa mematuhi peraturan trafik.

"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya ingin mengingatkan kepada semua pengguna jalan raya terutama pelajar sekolah, ibu bapa dan penjaga agar mematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan," ujarnya.

Iklan