'Suspek sebaik-baik manusia, tak kacau orang'

Iklan

JOHOR BAHRU - Jiran kepada mangsa bunuh seorang wanita dan bayinya di Bakar Batu di sini pada Isnin trauma dan tidak dapat melupakan keadaan dua beranak itu berlumuran darah selepas dikelar suaminya.

Rosiamawati Ramli, 36, berkata, keadaan itu sangat mengerikan sehingga dia trauma dan tidak sanggup melihatnya dari dekat selain takut suspek akan kembali semula selepas meninggalkan dua beranak itu.

Iklan
Iklan

Difahamkan, sejurus melihat isteri dan bayinya berlumuran darah, suspek yang berusia 24 tahun melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal dalam keadaan berbogel sebelum kejadian itu tular.

"Saya pandang rumah suspek dari atas nampak isteri dan bayinya sudah terbaring depan rumah mereka berlumuran darah. Suspek ada pegang sesuatu, tapi saya tidak dapat lihat dengan jelas kerana tidak memakai kaca mata ketika itu.

Iklan

"Selepas saya nampak suspek berbogel menaiki motosikal dan meninggalkan rumahnya, saya terus hubungi ibu suspek yang berniaga agar segera pulang ke rumah.

"Memang terkejut dan terketar-ketar tangan hendak tekan nombor telefon ibu suspek," katanya ketika ditemui di Bakar Batu pada Isnin.

Iklan

Dalam kejadian pada jam 12.30 tengah hari itu, suspek yang meninggalkan isteri dan anaknya selepas membunuh mereka menaiki motosikal sebelum ditahan polis dalam keadaan berbogel di sekitar Permas Jaya, di sini jam 2.45 petang.

Polis turut merampas sebilah pisau pemotong daging dan sebuah motosikal berwarna merah sewaktu suspek ditahan.

Dalam pada itu, Rosiamawati yang berniaga sarapan pagi berkata, dia tidak menyangka suspek sanggup membunuh isterinya yang baharu lepas berpantang dan bayi mereka kerana lelaki itu disifatkan sebagai individu baik dan tidak pernah menimbulkan masalah di kawasan tersebut.

"Suspek seorang yang sangat baik, malah pagi semalam suspek sempat belanja budak-budak yang bersarapan pagi di warung saya. Dia memang sebaik-baik manusia, tidak pernah kacau orang. Jika bertembung juga sering angkat tangan dan bertegur sapa," katanya.

Sementara itu, sorang lagi jiran pasangan terbabit, Hairi Hanapiah, 53, turut mengakui suspek memang seorang yang baik dan tidak mempunyai masalah dalam pergaulan.

"Saya ada berbual dengan bapa suspek, bapanya cakap suspek juga tidak menunjukkan perubahan ketika mereka sekeluarga makan malam tadi.

"Memang terkejut la sebab kita hari-hari lalu kawasan ini, memang kenal sekampung," katanya.