Johor catat 1,164 kes demam denggi setakat 25 Jun

Iklan
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Sebanyak 1,164 kes demam denggi direkodkan di Johor dari 1 Jan sehingga 25 Jun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon.

Tian Soon berkata, terdapat satu kematian akibat wabak berkenaan sehingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-26/2022 melibatkan seorang wanita tempatan berusia 29 tahun di Daerah Muar.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, jumlah terkumpul lokaliti wabak tersebut di negeri ini sehingga ME ke-26/2022 adalah 119 berbanding 125 dalam tempoh sama tahun lepas iaitu penurunan sebanyak lima peratus.

"Daerah Johor Bahru mencatatkan bilangan kes tertinggi dengan 70 kes diikuti Kulai (lima), Segamat (empat) dan Batu Pahat serta Kota Tinggi masing-masing tiga kes.

Iklan

Bagi Daerah Mersing dan Pontian mencatatkan dua kes, manakala Muar, Tangkak dan Kluang masing-masing satu kes," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin. - Bernama

Iklan